Lima warga AS curi wang bina Iraq

WASHINGTON: Lima rakyat Amerika Syarikat termasuk tiga pegawai simpanan tenteranya berdepan dakwaan kerana disyaki terbabit menyelewengkan berjuta-juta dolar wang peruntukan bagi projek pembinaan Iraq.

Tiga pegawai terbabit – Kolonel Curtis G Whiteford, Lt-Kol Debra M Harrison dan Lt-Kol Michael B Wheeler terbabit menyerahkan projek itu kepada seorang kontraktor sebagai pertukaran mendapatkan habuan dalam bentuk wang tunai, kereta mewah dan barang kemas.

Selain itu, seorang ahli perniagaan Amerika di Romania juga didakwa kerana bertindak sebagai orang tengah antara pegawai tentera itu dengan kontraktor terbabit.

Suami salah seorang anggota tentera itu pula dituduh terbabit menyeludup berpuluh-puluh ribu dolar ke Amerika yang digunakan pasangan bagi membayar pembelian barangan termasuk kolam air panas di rumah mereka.

Semua lima rakyat Amerika itu menyelewengkan dana pembinaan semula Iraq bernilai AS$26 bilion (RM91 bilion) yang dijadikan ‘mesin wang ATM peribadi mereka,’ kata Timbalan Pendakwa Raya Jeneral Paul McNulty ketika mengumumkan pendakwaan itu kelmarin.

“Defendan terbabit mencuri wang itu, menyeludupnya keluar dari Iraq ke Amerika bagi tujuan peribadi mereka,” katanya.

Senarai 25 pendakwaan yang difailkan di sebuah mahkamah di New Jersey, menjadi bukti perkembangan terbaru siasatan ke atas kontrak bernilai AS$8.6 juta (RM30.1 juta) yang diperuntukkan kepada hartawan pembinaan, Philip H Bloom.

Bloom, rakyat Amerika yang mengendalikan beberapa perniagaan di bawah firma Global Business Group, mengakui menyeleweng sekurang-kurangnya AS$2 juta (RM7 juta) daripada tabung peruntukan dikendalikan bekas pihak berkuasa Iraq diketuai tentera Amerika yang kini ditamatkan operasinya.

Bloom masih menunggu hukuman. Sebagai pertukaran memberi kontrak kepada Bloom bagi tempoh 2003 dan 2005, kata pendakwa, pegawai simpanan tentera itu dan sekutu mereka saling berkongsi habuan kira-kira AS$1 juta (RM3.5 juta) dalam bentuk wang tunai, kereta mewah Porsche dan Nissan, hartanah, jam mahal, tiket penerbangan kelas pertama, komputer dan barangan lain. – AP

nice source: dinarsecret.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: