Senjata untuk Iraq – AS mahu jual peralatan tentera RM1.7 bilion

WASHINGTON 5 Mei – White House semalam memberitahu Kongres mengenai rancangannya untuk menjual pelbagai jenis peluru dan senjata serta peralatan ketenteraan bernilai sekitar RM1.7 bilion (AS$508 juta) kepada Iraq.

Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Pentagon memberitahu Kongres bahawa Iraq telah meminta sehingga 100 juta peluru jenis M855 5.56mm dan 7.62 mm untuk senjata kecil dan juga kira-kira 200 juta peluru jenis-jenis lain.

Menurut agensi itu, ia berhasrat menjual sekitar 400 juta peluru untuk senjata kecil, 170,000 bom tangan, bahan-bahan letupan lain serta kemudahan dan perkhidmatan ketenteraan yang dianggarkan bernilai RM1.7 bilion kepada Iraq.

“Penjualan senjata yang dirancangkan ini adalah bagi menyokong Baghdad demi kepentingan rakyat Iraq dan Amerika Syarikat (AS) selain memberi harapan bagi memulihkan kestabilan dan keamanan di Asia Barat,” kata agensi yang mengendalikan penjualan senjata antara kerajaan itu.

Dalam cadangan penjualan senjata kepada Iraq, Pentagon pada 7 Disember lalu memberitahu, pihaknya akan membekalkan trak, treler dan pera- latan yang berkaitan bernilai sehingga RM1.5 bilion (AS$463 juta).

Pentagon berkata, pihaknya juga akan menyokong rancangan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Ma- liki untuk melatih dan menyediakan senjata kepada 30,000 askar tambahan negara itu.

Pasukan tentera yang diperkukuhkan itu bertujuan mempercepatkan pengunduran tentera AS yang menggulingkan bekas Presiden Saddam Hussein pada tahun 2003.

Notis mengenai penjualan senjata yang dicadangkan itu diperlukan di bawah undang-undang AS tetapi Kongres mempunyai kuasa untuk menolak cadangan tersebut.

Sebagai sebahagian daripada pakej yang dicadangkan itu, AS akan menjual 170,000 butir bom tangan jenis 40mm HEDP; 80,000 bungkusan bahan letupan plastik C-4 1- 1/4 paun dan 1.28 juta meter wayar pemusnah.

Pakej itu juga melibatkan 341 juta liter diesel, 13 juta liter bahan bakar jet JP-8 dan 256 juta liter gasolin motor.

Dalam satu notis berasingan yang dikemukakan kepada Kongres, White House juga mencadangkan penjualan peluru berpandu dari udara ke udara jenis AIM-9X Sidewinder buatan syarikat Raytheon dan juga peralatan yang berkaitan kepada Turki.

Jika kesemua pilihan diambil kira, pakej itu bernilai sehingga RM238 juta (AS$71 juta).

– Reuters

4 Responses to Senjata untuk Iraq – AS mahu jual peralatan tentera RM1.7 bilion

  1. Iraqi Dinar berkata:

    Iraqi Dinar is very real, but the pitch many Dinar dealers try to send your way is far from reality and designed to get you buy from them. Some of these dealers even go as far as to explain that they are trusted by the government and supply you with a document to reinforce this illusion.
    First, the US government requires a business (or anyone for that matter) to register with them when selling any kind of currency. Once you register, the US Government will send you a letter confirming your registration. IT DOES NOT mean that they trust or vouch for the company, only that they complied with the law.
    Read More:http://www.dinariraqi.net

  2. ara berkata:

    hi sy nk tny masih ada jual dinar iraq..sekiranya ada sy nk beli..tq

  3. abqory berkata:

    sy nak jual sikit dinar sy.
    not 25k
    -100k = rm350
    -500k = rm1750
    not 10k
    -100k = rm360
    -500k = rm1800
    p/s : jika berminat kol sy 0172667750…

  4. Luella berkata:

    Wow, fantastic blog layout! How long have you been blogging for?
    you made blogging look easy. The overall look of your website is magnificent, as well as the content!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: